Monday 30 May 2016

KARNIVAL SUKAN HOKI DAN TENPIN BOLING MASUM 2016

Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menyertai pertandingan Karnival Sukan Hoki dan Tenpin Boling MASUM 2016 yang berlangsung pada 16 hingga 21 Mei 2016 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Karnival kali ini, UPSI telah menghantar 2 Pasukan Hoki yang terdiri daripada Pasukan Hoki Lelaki dan Pasukan Hoki Wanita manakala Pasukan Tenpin Boling pula menghantar seramai 7 orang atlit yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 3 orang wanita.

Berikut merupakan keputusan pertandingan bagi Karnival Sukan Hoki dan Tenpin Boling MASUM 2016.

PASUKAN HOKI LELAKI

UPSI vs UPM ( 1 - 7 )
UPSI vs UMS ( 6 - 0 )

SUKU AKHIR
UPSI vs UITM ( 6 - 2)

Pasukan Hoki Lelaki hanya menamatkan karnival kali ini pada peringkat Suku Akhir apabila ditewaskan dengan kuasa besar Hoki MASUM UITM.


PASUKAN HOKI WANITA

UPSI vs UTeM   ( 6 - 1)
UPSI vs UMS    ( 5 - 0 )
UPSI vs USM    ( 8 - 0 ) 

SEPARUH AKHIR
UPSI vs UITM   ( 2 - 3 )

TEMPAT 3 & 4
UPSI vs USM    ( 4 -1 )

Pasukan Hoki Wanita merangkul tempat ketiga apabila tewas ke atas Pasukan UITM diperingkat Separuh Akhir dan menentang Pasukan USM bagi menentukkan tempat ketiga dan keempat.



PASUKAN TENPIN BOLING

1) KATEGORI INDIVIDU WANITA            - Tempat Ke 4

2) KATEGORI INDIVIDU LELAKI             - Tempat Ke  6

Pasukan Tenpin Boling telah berjaya memberikan tentangan sengit kepada kuasa besar Sukan Tenpin Boling MASUM pada kali ini



PASUKAN HOKI WANITA UPSI


PASUKAN HOKI LELAKI UPSI





PASUKAN TENPIN BOLING LELAKI 





PASUKAN TENPIN BOLING WANITA






KELAB-KELAB SUKAN UPSI

Senarai Kelab Sukan Pelajar yang bernaung dibawah pengurusan Pusat Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris.


  1. KELAB BOLA SEPAK
  2. KELAB BOLA JARING
  3. KELAB RAGBI
  4. KELAB SEPAK TAKRAW
  5. KELAB BOLA TAMPAR
  6. KELAB BADMINTON
  7. KELAB PING PONG
  8. KELAB TENIS
  9. KELAB HOKI
  10. KELAB OLAHRAGA
  11. KELAB KAYAK
  12. KELAB BOLA BALING
  13. KELAB CATUR
  14. KELAB TENPIN BOLING
  15. KELAB MEMANAH
  16. KELAB SOFBALL
  17. KELAB SUKAN LASAK
  18. KELAB BOLA KERANJANG
  19. KELAB SQUASY
  20. KELAB PENCAK SILAT
  21. KELAB FUTSAL
  22. KELAB PETANQUE

Sunday 22 May 2016

LATAR BELAKANG



Pusat Sukan yang dilengkapi dengan kemudahan gimnasium merupakan pusat yang menyelaras program sukan bagi seluruh warga universiti. Ia turut menyediakan khidmat jurulatih untuk membantu perkembangan sukan dalam kalangan mahasiswa. Program sukan yang diwujudkan oleh pusat sukan ini tidak hanya bertujuan untuk mengasah bakat sukan bagi mewakili universiti dalam pertandingan pada peringkat negara dan antarabangsa, malahan dapat membina kemantapan serta semangat yakin diri mahasiswa dalam menempuh cabaran. Aktiviti sukan juga berjaya merapatkan hubungan seluruh warga universiti dengan masyarakat di luar universiti bagi memperkayakan nilai diri dan pengalaman kehidupan mahasiswa.

Wednesday 18 May 2016

VISI, MISI DAN OBJEKTIF

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan pembangunan sukan berprestasi tinggi seiring dalam mencapai matlamat UPSI sebagai Universiti yang bitara

MISI

Merancang, menyelia dan melaksanakan aktiviti kecemerlangan sukan pelajar dan staf kearah perkhidmatan yang berkualiti

OBJEKTIF

  • Membentuk dan melahirkan pelajar yang bitara melalui program kecemerlangan sukan
  • Menyediakan perkhidmatan sukan yang berkualiti kepada pelajar, staf dan masyarakat khusus untuk mencapai visi dan misi Universiti
  • Memberi latihan dan pengalaman kepada pelajar dan staf tentang budaya sukan masa kini
  • Melahirkan bakal pemimpin yang mampu menjana kecemerlangan sukan negara

PIAGAM PELANGGAN


  1. Menyediakan kemudahan sukan yang terbaik dan berkesan untuk warga Universiti bersukan dan rekreasi
  2. Menyediakan perkhidmatan melatih dan membentuk individu yang berpotensi untuk pasukan Universiti
  3. Menawarkan khidmat mesra pelanggan kepada pelajar, kakitangan dan masyarakat melalui pendekatan pelanggan di dahulukan



LOGO




MASKOT